Tuesday, 20 December 2011
1. Berwuduk & Membersihkan Mulut
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri
untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada
gangguan syaitan dan iblis .
2. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik
3. Membaca Doa Tidur
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu supaya terhindar daripada gangguan-gangguan yang tidak elok.
4. Membaca Doa Bangun Tidur
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa
Thursday, 15 December 2011
ADAB MAKAN
ADAB KETIKA MAKAN & MINUM
- Mengutamakan org yang lebih tua
- Jangan gelojoh ktika makan dan minum
- Gunakan tangan kanan ketika makan
- Mengambil makanan yang terdekat dengan kita
- Jangan bercakap perkara yang tidak elok
DOA SEBELUM & SELEPAS MAKAN
FADHILAT ADAB KETIKA MAKAN
- Dapat mengelakkan daripada pembaziran
- Sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah
- Dapat menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan
- Tidak menimbulkan kebencian kepada orang lain
AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM
- Tidak disayangi oleh Allah & Rasul
- Akan di pandang hina & dibenci oleh org lain
- Boleh menyebabkan pembaziran serta mendatangkan penyakit
Subscribe to:
Posts (Atom)